gravatar

Hangat-hangat tahi ayam

Aku hangat2 tahi ayam ker? Biasanya begitu la, tapi berbloging ni aku blom lagi rasa nak stop. Aku tengoh work on kat satu lagi blog aku, tapi bukan dalam niche perniagaan la. So, segala progress berkaitan earning aku akan update kat sini. Wat masa ni, masih telur (ade la dalam 60sen sebanarnya) tapi aku still tengah mencari teknik/sistem terbaik untuk mengoptimasikan pendapatan melalui blog.

Keputusan voting menunjukkan ramai yang taknak aku tunjukkan cara bagaimana aku wat duit online, takper. Untuk tidak menghampakan mereka yang telah mengundi "ya" nanti aku dedahkan juga la, jenis perniagaan macam mana yang mampu aku untuk wat duit tu. Tapi tak cerita detail la.

Nanti aku akan menulis lagi bila senang, nak g makan dulu. Chow..


Permalink
gravatar

First Earning - Blog

Seperti yang dijanjikan, aku akan bagi update tentang progress blog ni dari segi earning. Buat masa ni (ketika post ni ditulis) aku menggunakan BidVertiser sebagai ads publisher aku dan dibawah ialah earning yang berjaya diperoleh untuk 3-4 hari yang pertama.


$0.13 bersamaan dengan 40sen la lebih kurang. Aku memilih BidVertiser kerana pembayaran dibuat melalui PayPal dan boleh dikeluarkan apabila melepasi had minimum $10 sahaja. Walaubagaimanapun, aku dapati iklan untuk pasaran Malaysia amatlah sikit dan kalau pkai banner besar, ada kemungkinan keluar iklan yang tidak senonoh (pempuan seksi). Tak nak aku makan duit daripada hasil yang macam tu.

Susah juga nak jana pendapatan daripada blog rupanya.. Aku baru usha-usha blog lain tadi, ada yang dah 2 tahun, earning dalam RM400 jer sebulan. Kalau untuk student, maybe jumlah tu mencukupi tapi bagi mereka yang mempunyai tanggungjawab yang lebih, jumlah tu rasanya memang tak cukup.

Aku sedang mencari-cari lagi ads publisher yang lain untuk mengoptimasikan trafik-trafik dari Malaysia. Harap kalau ada yang sudi mencadangkan, sila tinggalkan komen dibawah. Kalau boleh, sertakan visit/day ke blog anda dan berapa range earning. :)


Permalink
gravatar

Maaf

Teruk gak keputusan voting semasa.. Buat aku rasa cam aku de wat salah di mana-mana. Mungkin aku de tersalah kata, or maybe nampak cam berlagak ker or mungkin sebab aku guna "aku" dan bukan "saya". Entahlah, tapi kalau ade yang terasa, aku mintak maaf sangat2.. tak berniat nak buat korang terasa.

Walaupun mungkin keputusan voting "ya" tidak melepasi 95%, aku akan still kongsikan tips-tips yang berguna untuk korang. Mungkin dari SEO (blog ni aku tak tekankan sgt seo), VSEO, perkara2 berkenaan web cam hosting, domain, wordpress, Joomla dan lain-lain, insyaAllah aku leh bantu. Aku takkan kongsikan hal peribadi sangat kat sini sebab tips2 tu lebih bermanfaat buat korang.

Dan please be my friends (follow blog) kalau korang nak update tentang perkembangan blog ni. Cam korang sedia tahu, aku wat blog ni untuk experiment earning melalui blog. InsyaAllah aku akan update dari masa kesemasa. Mungkin korang pun boleh tiru cara aku dan dapatkan earn korang sendiri. Lastly, layan kemenangan Malaysia semalam :)



Permalink
gravatar

Aku bukan seorang blogger

Serius, blog ni pun baru semalam aku wat bebetul, yang sebelum-sebelum tu aku saje-saje jer wat blog ni tempat lepas perasaan..haha dan aku tak pernah langsung pun berblogging sebelum ni, sebab aku tak reti+malas sket nak mnulis. Just for experimenting, aku rajin sket. Mengharapkan support berterusan dari korang, mungkin aku akan konsisten. Walaupun baru 2 hari, traffik yang masuk:


Mungkin tak sebanyak blog korang, tapi rasenya untuk  2 hari pertama, dah cukup banyak dah ni. Maybe nanti aku boleh bagi tips macam mane nak dapat traffic bagi yang perlu, tapi untuk masa ni, aku nak tunggu keputusan voting korang.

Tak perlu rasanya aku nak tunjuk berapa banyak aku earn, ske ati korang la nak caya atau tak.. haha Just for some hint: Earn dalam USD, tak perlu blog, tak perlu risau pasal trafik, tak perlu modal. Too good to be truth? Hehe tapi benda ni bukan la tido jer dapat duit,  de la kne kerja sket. :)

Haa, lagi satu, korang boleh la kalo nak komen psal sistem iklan yang aku pkai kat blog ni.. budak baru la katakan..haha. Anyway, terima kasih kepada mereka yang sudi jadi friend, yang sudi tinggalkan komen dan yang sudi mengundi. Saya amat-amat menghargainya.

p/s: this site is suppose to be my "Facebook", tapi aku dah mnulis cam blog lak ni..haha :p


Permalink
gravatar

Voting

Kalau korang perasan, kat belah kanan aku de sediakan voting. Yang pelik tu, ade gak orang yg vote "tak". Haha maybe die ingat aku nak promote product aku kut. nak jual produk, memang tak la..cam le korang nak beli..haha

Disebabkan ade voting tak tu, aku nak tetapkan %. selagi kurang 95% vote untuk "ya", malas aku nak ajar (bukan ajar, tapi just tunjuk cara2nya). I got nothing to loose. :)


Permalink
gravatar

Aku kembali

Akhirnya, setelah sekian lama meninggalkan blog ni, ak kini kembali..haha korang tau sebab pe? sebab ak nak test letak iklan kat blog ni dan gunakan satu sistem untuk tarik traffik. So, kalau korang senang, klik la iklan (salah ni, melanggar term, so, ak tak mintak korang klik..haha) kat blog ni, tapi ak rase, kebanyakkannya takkan klik, biasala... sape tak jeles kalo orang lain dapat earning.. hanya orang yang berhati suci murni jer tak jeles. Susah nak dapat orang macam ni, maybe you are one of those, tepuk dada tanya hati..hehe

Aku sebelum ni ada ah dapat pendapatan melalui internet, melalui cara lain la, bukan dari iklan dan jauh sekali dari sistem MLM (budak bebaru jer yg selalu terpengaruh). Andai kata blog ni mendapat sambutan, aku maybe akan berkongsi tentang perkara tu disini kalau tak, nak buat pe kongsi kat sini..eheh berapa ak dapat tiap bulan? tak perlu la kut ak nak cerita kt sini, secara generalnya, cukuplah duit tu ak pkai untuk makan, bayar hutang, broadband dan lelain.

Lastly, doakan kejayaan aku.... haha :p


Permalink
gravatar

kuasa google, korang tanya apa saja die leh jawab. tapi... cuba korang tanye, "what is my mistake" or "what is my weaknesses" leh jawab? tak bleh punya.. korang sorang jer leh jawab. amik masa sejenak, dan pikir leklok, korang sendiri boleh jawab.


Permalink

Nak aku ajar cara aku dapat duit online?

Sponsored