gravatar

First Earning - Blog

Seperti yang dijanjikan, aku akan bagi update tentang progress blog ni dari segi earning. Buat masa ni (ketika post ni ditulis) aku menggunakan BidVertiser sebagai ads publisher aku dan dibawah ialah earning yang berjaya diperoleh untuk 3-4 hari yang pertama.


$0.13 bersamaan dengan 40sen la lebih kurang. Aku memilih BidVertiser kerana pembayaran dibuat melalui PayPal dan boleh dikeluarkan apabila melepasi had minimum $10 sahaja. Walaubagaimanapun, aku dapati iklan untuk pasaran Malaysia amatlah sikit dan kalau pkai banner besar, ada kemungkinan keluar iklan yang tidak senonoh (pempuan seksi). Tak nak aku makan duit daripada hasil yang macam tu.

Susah juga nak jana pendapatan daripada blog rupanya.. Aku baru usha-usha blog lain tadi, ada yang dah 2 tahun, earning dalam RM400 jer sebulan. Kalau untuk student, maybe jumlah tu mencukupi tapi bagi mereka yang mempunyai tanggungjawab yang lebih, jumlah tu rasanya memang tak cukup.

Aku sedang mencari-cari lagi ads publisher yang lain untuk mengoptimasikan trafik-trafik dari Malaysia. Harap kalau ada yang sudi mencadangkan, sila tinggalkan komen dibawah. Kalau boleh, sertakan visit/day ke blog anda dan berapa range earning. :)

Nak aku ajar cara aku dapat duit online?

Sponsored